Servis jemput pesakit rawatan dadah turut disediakan di Darul Islah. Pada 15 Mei 2022 jam 11.30 malam,
pasukan Darul Islah bertolak dari Padang Rengas, Perak menuju ke Pantai Timur untuk mengambil seorang pesakit. Pesakit ini yang sehari sebelumnya telah bertindak agresif dengan membakar motosikal milik ahli keluarganya kerana marah dengan tindakan mereka yang enggan memberi dia menggunakan motosikal itu.
Jam 5 pagi hari ini, pemuda ini telah selamat diambil oleh pasukan kami dan terus bergerak pulang ke Darul Islah untuk memulakan proses rawatan dan pemulihan dadah. Alhamdulillah pemuda ini menyerah diri dengan tenang tanpa sebarang penentangan.
Doakan pemuda ini dipermudahkan urusan pemulihannya, Insya’Allah.
Pihak kami boleh mengatur servis datang mengambil di rumah jika keluarga tidak dapat menghantarnya sendiri ke pusat kami. Bayaran akan dikenakan untuk perkhidmatan tersebut.
Boleh hubungi kami di 019-9102468 untuk pertanyaan lanjut. Atau WhatsApp ke http://www.wassap.my/60199102468
#jauhidadahdekatisejadah
#quitdrugs
#jauhidadah
#darulislah