Categories
Fasa Kedua

Istiqomah Dalam Perjuangan

Pusat Rawatan Darul Islah

Pejam celik pejam celik, sudah setahun pemuda ini tamat rawatan dan berhijrah ke negeri lain untuk memulakan kehidupan. Dia bekerja di sebuah restoran yang menyediakan hostel dan makanan untuk pekerja. Bermula dari kerja membasuh pinggan, dia naik sedikit demi sedikit hingga menjadi tukang masak.
Sabar dan istiqomah menjalani kehidupan baru tanpa belenggu dadah. Apabila ada cuti panjang, dia akan pulang ke kampung untuk ziarah ibu dan ayah. Walaupun sudah setahun bersih, dia tetap berhati-hati dan menjaga diri ketika balik ke kampung. Kampung yang menjadi tempat dia bermain dengan bahan terlarang.
Alhamdulillah dalam tempoh setahun ini, beliau kumpul duit sedikit demi sedikit untuk mengambil lesen memandu. Kini beliau menjadi mentor kepada pelajar junior yang baru tamat rawatan dan ditawarkan bekerja di tempatnya.
Tidak semua gagal dalam perjalanan. Ramai yang berusaha istiqomah dan meraikan kejayaan hari demi hari hidup bebas tanpa dadah. Hari ini berjaya, Alhamdulillah. Esok usaha lagi. Begitulah sehingga ke akhir hayat.
Paling penting adalah sentiasa meningkatkan amalan dan berserah kepada Allah SWT selepas berusaha. Tidak dilupakan doa daripada ibu dan bapa yang mengiringi perjalanan anak mereka merantau ke negeri orang demi membina kehidupan yang lebih baik.
Insya’Allah.
#jauhidadahdekatisejadah #darulislah #jauhidadah #quitdrugs

Categories
Aktiviti

Belajar Bertanggungjawab

pemulihan dadah di Darul Islah

Ketika hidup dalam dunia kecanduan, tidak pernah peduli pun pasal urusan rumah. Bila lapar tau je ada nasi atas meja.

Sekarang dalam proses rawatan dan kepulihan ketagihan dadah, kena mula belajar memikul tanggungjawab. Belajar beli barang dapur, ambil tahu harga barang. Barulah faham kesusahan mak ayah mencari rezeki setiap hari.

#jauhidadahdekatisejadah #jauhidadah #darulislah #quitdrugs

Categories
Aktiviti

Perbincangan Online Bersama Senior Yang Telah Bekerja

Pusat Rawatan Pemulihan Dadah Darul Islah

Sesi perbincangan secara online diadakan secara berkala diantara penghuni dengan pelajar senior yang telah 2 tahun pulih dan menjalani kehidupan baru dengan baik. Perkongsian pengalaman dan pesan berpesan daripada seorang yang pernah dalam situasi ini kepada mereka yang sedang melaluinya amat penting untuk membina keyakinan diri dan menguatkan rasa istiqomah dalam jiwa, Insya’Allah.

#jauhidadahdekatisejadah #jauhidadah #quitdrugs #darulislah