Categories
Fasa Kedua

Istiqomah Dalam Perjuangan

Pusat Rawatan Darul Islah

Pejam celik pejam celik, sudah setahun pemuda ini tamat rawatan dan berhijrah ke negeri lain untuk memulakan kehidupan. Dia bekerja di sebuah restoran yang menyediakan hostel dan makanan untuk pekerja. Bermula dari kerja membasuh pinggan, dia naik sedikit demi sedikit hingga menjadi tukang masak.
Sabar dan istiqomah menjalani kehidupan baru tanpa belenggu dadah. Apabila ada cuti panjang, dia akan pulang ke kampung untuk ziarah ibu dan ayah. Walaupun sudah setahun bersih, dia tetap berhati-hati dan menjaga diri ketika balik ke kampung. Kampung yang menjadi tempat dia bermain dengan bahan terlarang.
Alhamdulillah dalam tempoh setahun ini, beliau kumpul duit sedikit demi sedikit untuk mengambil lesen memandu. Kini beliau menjadi mentor kepada pelajar junior yang baru tamat rawatan dan ditawarkan bekerja di tempatnya.
Tidak semua gagal dalam perjalanan. Ramai yang berusaha istiqomah dan meraikan kejayaan hari demi hari hidup bebas tanpa dadah. Hari ini berjaya, Alhamdulillah. Esok usaha lagi. Begitulah sehingga ke akhir hayat.
Paling penting adalah sentiasa meningkatkan amalan dan berserah kepada Allah SWT selepas berusaha. Tidak dilupakan doa daripada ibu dan bapa yang mengiringi perjalanan anak mereka merantau ke negeri orang demi membina kehidupan yang lebih baik.
Insya’Allah.
#jauhidadahdekatisejadah #darulislah #jauhidadah #quitdrugs

Categories
Fasa Kedua

Fasa Kedua: Lesen Memandu Yang Sah

Yang telah selesai rawatan di fasa pertama, akan memasuki fasa kedua dimana mereka dibantu untuk perjalanan seterusnya. Samada mencari kerja, belajar agama, belajar kemahiran atau berniaga.

Semasa dalam proses tersebut, kita akan bimbing mereka untuk hal-hal yang mereka abaikan ketika dalam dunia khayalan dahulu. Jika sebelum ini menunggang motosikal tanpa lesen, kita akan bimbing mereka cara menyusun duit gaji hingga cukup modal untuk mendapatkan lesen yang sah.

Selangkah demi selangkah. Dari satu kejayaan kecil ke kejayaan yang seterusnya.

Begitulah prosesnya untuk membantu mereka teguh menjalani kehidupan bebas daripada penggunaan dadah. Insya’Allah.


#jauhidadahdekatisejadah #jauhidadah #darulislah #quitdrugs