Categories
Ilmu

Tanda-Tanda Penagih Dadah Di Kalangan Ahli Keluarga

Mak Ayah, Kakak dan Abang, Mohon Ambil Tahu Tanda – Tanda Ahli Keluarga Yang Terlibat Dalam Ketagihan Dadah Sebelum Terlambat.

jauhi dadah

Menurut Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), penyalahguna dan penagih dadah serta bahan bagi tahun 2020 menunjukkan majoriti penagih dadah adalah belia berusia 19tahun sehingga 39tahun.

Bagaimana cara untuk kenalpasti sekiranya ahli keluarga kita penagih dadah? Berikut adalah tanda – tanda yang boleh dikenalpasti:

1. Resah, gelisah

2. Prestasi akademik yang merosot

3. Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah atau sekolah

4. Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian

5. Perubahan emosi secara tiba-tiba

6. Bercakap merepek

7. Mengabaikan penampilan diri

8. Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah

9. Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain

10. Kelihatan letih, penat dan mamai

Jika terdapat tanda – tanda seperti di atas, segera ambil tindakan sebelum terlambat. Jangan sembunyikan kes penagihan dadah kerana banyak kes melibatkan kecederaan kepada ahli keluarga yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program rawatan dan pemulihan dadah disini, boleh hubungi kami di http://www.wassap.my/60199102468

Like & Follow page https://web.facebook.com/Pusatrawatandarulislah
Layari laman web darulislah.my

#jauhidadahdekatisejadah
#quitdrugs
#darulislah

Categories
Ilmu

ADAKAH MASIH WUJUD ASNAF AL-RIQAB PADA ZAMAN SEKARANG?

ar-riqab

Salah satu kategori asnaf yang berhak menerima zakat ialah asnaf al-riqab iaitu hamba yang ingin memerdekakan dirinya. Persoalannya, adakah masih wujudkah asnaf tersebut pada zaman sekarang ini?

Allah SWT telah menetapkan lapan golongan yang layak mendapat zakat melalui firmanNya dalam surah al-Taubah, ayat 60:

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡعَٰمِلِينَ عَلَيۡهَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمۡ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَٰرِمِينَ وَفِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Taubah: 60)

Antara pusat zakat negeri yang menyenaraikan Ar-Riqab sebagai penerima zakat ialah Lembaga Zakat Selangor dan Baitulmal Wilayah Persekutuan. Yang dikategorikan sebagai asnaf al-riqab adalah golongan yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan diri dari belenggu tersebut. Bagi kategori dadah, golongan yang terlibat adalah:

1. Golongan yang dikategorikan asnaf al-Riqab termasuklah kesalahan yang berhubungan dengan dadah.

2. Mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak seperti pengedar/penagih dan dalam proses pemulihan.
Termasuk juga yang terlibat dalam lain-lain aktiviti penagihan seperti pil kuda, estacy dan seumpamanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program rawatan dan pemulihan dadah disini, boleh hubungi kami di http://www.wassap.my/60199102468

Like & Follow page https://web.facebook.com/Pusatrawatandarulislah
Layari laman web darulislah.my

#jauhidadahdekatisejadah
#quitdrugs
#darulislah