Mengenai Kami

Pusat Rawatan Darul Islah yang didaftarkan diatas nama Darul Islah Services (SA0578825-V) pada bulan Februari tahun 2022 menawarkan perkhidmatan merawat dan memulihkan individu yang terjebak dengan penagihan dadah.

Darul Islah diasaskan oleh 3 orang iaitu Muhammad Bin Kamarulazizi, Nasri Wafi Bin Jamaludin dan Sharifah Sharina Binti Syed Aswad.

Sdr Nasri Wafi bertindak sebagai perawat dan pengurus di Pusat Rawatan Darul Islah yang terletak di Padang Rengas, Perak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perawatan dan pemulihan dadah sejak tahun 2017. Beliau telah merawat dan memulihkan ratusan orang penagih dadah yang kini dapat menjalani kehidupan lebih baik.

Sdr Muhammad Bin Kamarulazizi dan Sdri Sharifah Sharina Binti Syed Aswad bertugas di bahagian pemasaran dan penyusunan program selepas tamat pemulihan.