Program

Pusat Rawatan Darul Islah menerima menerima lelaki berumur 16 tahun dan keatasĀ  yang terjebak dengan penagihan dadah untuk menerima rawatan dan pemulihan.

Penginapan dan makan minum disediakan disini. Pesakit akan menjalani rawatan selama 2 minggu dan pemulihan selama 6 minggu. Di akhir program, kami akan cuba mendapatkan pekerjaan dan penempatan baru bagi yang ingin berhijrah daripada kawasan asal yang menjadi punca mereka bergelumang dengan dadah.

Rawatan disini menggunakan herba tradisional dan air kelapa untuk membuang sisa dadah didalam badan. Pesakit juga akan diajar asas fardu ain seperti solat, mandi wajib, mengaji, zikir, selawat dan lain-lain lagi. Pengisian jiwa akan menguatkan lagi kerohanian mereka untuk hidup tanpa dadah, insya’ Allah.

Selepas tamat program selama 2 bulan, pihak kami akan bantu pesakit mendapatkan pekerjaan dan penempatan baru yang bukan kawasan asal tempat tinggal mereka. Ini untuk membantu supaya mereka terus kuat dan tidak jatuh semula dengan mudah.