@darulislah22 Sesi temuramah dgn pesakit utk mengetahui sejarah kehidupan mereka, maklumat mengenai penggunaan dadah yg lalu, pendidikan yg mereka ada dan pengalaman kerja yang dimiliki. Ini penting utk kita rancang pelan selepas tamat rawatan. #jauhidadah#darulislah#fypシ♬ Bangkit – Salammusik
Sesi temuramah dgn pesakit utk mengetahui sejarah kehidupan mereka, maklumat mengenai penggunaan dadah yg lalu, pendidikan yg mereka ada dan pengalaman kerja yang dimiliki. Ini penting utk kita rancang pelan selepas tamat rawatan.
Servis jemput pesakit rawatan dadah turut disediakan di Darul Islah. Pada 15 Mei 2022 jam 11.30 malam,
pasukan Darul Islah bertolak dari Padang Rengas, Perak menuju ke Pantai Timur untuk mengambil seorang pesakit. Pesakit ini yang sehari sebelumnya telah bertindak agresif dengan membakar motosikal milik ahli keluarganya kerana marah dengan tindakan mereka yang enggan memberi dia menggunakan motosikal itu.
Jam 5 pagi hari ini, pemuda ini telah selamat diambil oleh pasukan kami dan terus bergerak pulang ke Darul Islah untuk memulakan proses rawatan dan pemulihan dadah. Alhamdulillah pemuda ini menyerah diri dengan tenang tanpa sebarang penentangan.
Doakan pemuda ini dipermudahkan urusan pemulihannya, Insya’Allah.
Pihak kami boleh mengatur servis datang mengambil di rumah jika keluarga tidak dapat menghantarnya sendiri ke pusat kami. Bayaran akan dikenakan untuk perkhidmatan tersebut.
Pendaftaran peserta baru Mei 2022 bagi program rawatan dan pemulihan dadah untuk bulan Mei kini dibuka. Syarat pengambilan adalah lelaki beragama Islam yang menggunakan dadah (kecuali gam) dan ingin berubah. Program rawatan dan pemulihan dadah akan dijalankan selama 2 bulan di Pusat Rawatan Darul Islah yang terletak di Padang Rengas, Perak.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi 019-9102468.
Bagi pesakit daripada keluarga miskin yang ingin ikuti rawatan tetapi tidak mampu membayar yuran, boleh hubungi kami untuk sesi temuduga kelayakan mendapat bantuan yuran.
Untuk mengetahui latarbelakang Darul Islah, boleh klik di SINI.