Categories
Aktiviti

Kelas Iqra’

darul islah

Pusat Rawatan Darul Islah menyediakan kelas mengaji daripada tahap paling asas untuk semua pesakit yang menerima rawatan disini. Jika tidak pernah mengaji langsung selama ini, jangan khuatir. Pesakit akan diajar dari mula.

Semoga dengan mendekatkan diri dengan Al-Quran, pesakit akan lebih kuat dan istiqomah untuk meneruskan hidup tanpa dadah selepas ini.

Categories
Umum

Pembukaan Pusat Rawatan Darul Islah

Assalammualaikum WBT,

Alhamdulillah, Pusat Rawatan Darul Islah telah memulakan operasi sepenuhnya bermula 10 Februari 2022. Kumpulan pertama pesakit yang menerima rawatan dan pemulihan dadah disini adalah seramai 5 orang.

Pusat Rawatan Darul Islah diterajui oleh 3 orang pengasas dan dibantu oleh 2 orang warden. Pusat ini terletak di Padang Rengas, Perak.