Pejam celik pejam celik, sudah setahun pemuda ini tamat rawatan dan berhijrah ke negeri lain untuk memulakan kehidupan. Dia bekerja di sebuah restoran yang menyediakan hostel dan makanan untuk pekerja. Bermula dari kerja membasuh pinggan, dia naik sedikit demi sedikit hingga menjadi tukang masak.
Sabar dan istiqomah menjalani kehidupan baru tanpa belenggu dadah. Apabila ada cuti panjang, dia akan pulang ke kampung untuk ziarah ibu dan ayah. Walaupun sudah setahun bersih, dia tetap berhati-hati dan menjaga diri ketika balik ke kampung. Kampung yang menjadi tempat dia bermain dengan bahan terlarang.
Alhamdulillah dalam tempoh setahun ini, beliau kumpul duit sedikit demi sedikit untuk mengambil lesen memandu. Kini beliau menjadi mentor kepada pelajar junior yang baru tamat rawatan dan ditawarkan bekerja di tempatnya.
Tidak semua gagal dalam perjalanan. Ramai yang berusaha istiqomah dan meraikan kejayaan hari demi hari hidup bebas tanpa dadah. Hari ini berjaya, Alhamdulillah. Esok usaha lagi. Begitulah sehingga ke akhir hayat.
Paling penting adalah sentiasa meningkatkan amalan dan berserah kepada Allah SWT selepas berusaha. Tidak dilupakan doa daripada ibu dan bapa yang mengiringi perjalanan anak mereka merantau ke negeri orang demi membina kehidupan yang lebih baik.
Insya’Allah.
#jauhidadahdekatisejadah #darulislah #jauhidadah #quitdrugs
Categories