Categories
Umum

Usaha Yang Kecik

Pusat Rawatan Darul Islah di Perak

Sangat kecil usaha yang dilakukan disini dalam membantu mereka yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah untuk berusaha keluar daripada kesilapan lalu dan kembali ke jalan yang benar.

 

Namun kita berharap bilangan yang sedikit ini akan memberi kebahagiaan kepada keluarga mereka yang merindukan anak/abang/adik/suami yang sihat dan dapat menjalani kehidupan yang baik. Seterusnya menjadi ahli masyarakat yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Insya’Allah.

 

——————————

Untuk maklumat program dan rawatan pemulihan dadah, boleh WhatsApp ke 019-9102468.

#jauhidadahdekatisejadah #darulislah #jauhidadah #quitdrugs

Categories
Umum

Darul Islah di Media Sosial

Anda boleh dapatkan maklumat terkini mengenai Pusat Rawatan Darul Islah yang terletak di Padang Rengas, Perak menerusi saluran berikut:

  1. Facebook Darul Islah
  2. Instagram Darul Islah
  3. TikTok Darul Islah

 

Categories
Umum

Sesi Temuramah Pesakit

@darulislah22 Sesi temuramah dgn pesakit utk mengetahui sejarah kehidupan mereka, maklumat mengenai penggunaan dadah yg lalu, pendidikan yg mereka ada dan pengalaman kerja yang dimiliki. Ini penting utk kita rancang pelan selepas tamat rawatan. #jauhidadah #darulislah #fypシ ♬ Bangkit – Salammusik

Sesi temuramah dgn pesakit utk mengetahui sejarah kehidupan mereka, maklumat mengenai penggunaan dadah yg lalu, pendidikan yg mereka ada dan pengalaman kerja yang dimiliki. Ini penting utk kita rancang pelan selepas tamat rawatan.

Categories
Umum

Servis Jemput Pesakit Rawatan Dadah

rawatan dadah darul islah
Team Darul Islah yang ke Terengganu menjemput pesakit rawatan dadah

Servis jemput pesakit rawatan dadah turut disediakan di Darul Islah. Pada 15 Mei 2022 jam 11.30 malam,

pasukan Darul Islah bertolak dari Padang Rengas, Perak menuju ke Pantai Timur untuk mengambil seorang pesakit. Pesakit ini yang sehari sebelumnya telah bertindak agresif dengan membakar motosikal milik ahli keluarganya kerana marah dengan tindakan mereka yang enggan memberi dia menggunakan motosikal itu.

Jam 5 pagi hari ini, pemuda ini telah selamat diambil oleh pasukan kami dan terus bergerak pulang ke Darul Islah untuk memulakan proses rawatan dan pemulihan dadah. Alhamdulillah pemuda ini menyerah diri dengan tenang tanpa sebarang penentangan.

Doakan pemuda ini dipermudahkan urusan pemulihannya, Insya’Allah.
Pihak kami boleh mengatur servis datang mengambil di rumah jika keluarga tidak dapat menghantarnya sendiri ke pusat kami. Bayaran akan dikenakan untuk perkhidmatan tersebut.

Boleh hubungi kami di 019-9102468 untuk pertanyaan lanjut. Atau WhatsApp ke http://www.wassap.my/60199102468

#jauhidadahdekatisejadah
#quitdrugs
#jauhidadah
#darulislah

Categories
Umum

PENDAFTARAN PESERTA BARU MEI 2022

pendaftaran-rawatan-dadah

Pendaftaran peserta baru Mei 2022 bagi program rawatan dan pemulihan dadah untuk bulan Mei kini dibuka. Syarat pengambilan adalah lelaki beragama Islam yang menggunakan dadah (kecuali gam) dan ingin berubah. Program rawatan dan pemulihan dadah akan dijalankan selama 2 bulan di Pusat Rawatan Darul Islah yang terletak di Padang Rengas, Perak.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi 019-9102468.

Bagi pesakit daripada keluarga miskin yang ingin ikuti rawatan tetapi tidak mampu membayar yuran, boleh hubungi kami untuk sesi temuduga kelayakan mendapat bantuan yuran.

Untuk mengetahui latarbelakang Darul Islah, boleh klik di SINI.

Facebook Darul Islah
Instagram Darul Islah
TikTok: darulislah22

 

Categories
Umum

Pembukaan Pusat Rawatan Darul Islah

Assalammualaikum WBT,

Alhamdulillah, Pusat Rawatan Darul Islah telah memulakan operasi sepenuhnya bermula 10 Februari 2022. Kumpulan pertama pesakit yang menerima rawatan dan pemulihan dadah disini adalah seramai 5 orang.

Pusat Rawatan Darul Islah diterajui oleh 3 orang pengasas dan dibantu oleh 2 orang warden. Pusat ini terletak di Padang Rengas, Perak.