Categories
Umum

Usaha Yang Kecik

Pusat Rawatan Darul Islah di Perak

Sangat kecil usaha yang dilakukan disini dalam membantu mereka yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah untuk berusaha keluar daripada kesilapan lalu dan kembali ke jalan yang benar.

 

Namun kita berharap bilangan yang sedikit ini akan memberi kebahagiaan kepada keluarga mereka yang merindukan anak/abang/adik/suami yang sihat dan dapat menjalani kehidupan yang baik. Seterusnya menjadi ahli masyarakat yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Insya’Allah.

 

——————————

Untuk maklumat program dan rawatan pemulihan dadah, boleh WhatsApp ke 019-9102468.

#jauhidadahdekatisejadah #darulislah #jauhidadah #quitdrugs

Categories
Amal

Perbaiki Amalan Dalam Fasa Kepulihan

Antara perkara yang amat dititikberatkan di Darul Islah adalah pembinaan kerohanian. Pembelajaran fardhu ain dimulakan dari peringkat asas. Cara solat yang betul, bacaan yang betul, amalan sunat yang boleh dilakukan serta fadilat bagi setiap ibadah yang dilakukan.

Menjalani hidup tanpa dadah kelak amat mencabar. Mereka akan diuji dan digoda oleh suasana persekitaran untuk kembali jatuh ke lubang yang sama. Justeru dengan pengukuhan amalan dan meneruskannya dalam kehidupan amatlah penting untuk mendokong perjalanan hidup mereka selepas tamat rawatan.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153)

Untuk mendapatkan info mengenai program dan rawatan pemulihan dadah yang dijalankan di Pusat Rawatan Darul Islah di Padang Rengas, Perak ini, sila hubungi melalui call atau WhatsApp di talian 019-9102468.

#jauhidadahdekatisejadah #darulislah #jauhidadah #quitdrugs